SEMPENA MINGGU BAHASA MELAYU, PELBAGAI PERTANDINGAN DIADAKAN UNTUK MURID-MURID SRII ILMI. HADIAH MENARIK MENANTI PARA PEMENANG.
TAHNIAH DAN SYABAS DIUCAPKAN KEPADA PARA PELAJAR YANG MENERIMA KEPUTUSAN SPM 2023 ATAS KEJAYAAN YANG DIPEROLEH.
TAHNIAH DAN TERIMA KASIH JUGA KEPADA GURU DAN IBU BAPA ATAS USAHA DAN PENGORBANAN SELAMA INI.
SEMOGA KEJAYAAN YANG DIPEROLEH MEMBERI MANFAAT KEPADA YANG LAIN DAN TERUS BERJAYA DI MASA YANG AKAN DATANG.
ILMI MEWAKILI ZON GABUNGAN SEKOLAH ISLAM SELANGOR (GASIS) TELAH MENYERTAI BUAT KALI PERTAMA DALAM KEJOHANAN SUKAN SEKOLAH TAHFIZ & AGAMA PERINGKAT NEGERI SELANGOR KALI KE 6 (SUKMAS) YANG DIANJURKAN OLEH PITAS SELANGOR PADA 20 MEI 2024 (ISNIN) YANG LALU BERTEMPAT DI KOMPLEKS SUKAN UITM SHAH ALAM.
KEKUATAN KONTINJEN SERAMAI 51 ORANG DAN DIIRINGI 8 ORANG GURU PEMBIMBING TELAH MENYERTAI 5 JENIS ACARA IAITU BOLA SEPAK, BOLA TAMPAR (L) & (P), BOLA JARING, BADMINTON (L) & (P) DAN PING PONG (L) & (P). KONTINJEN INI TURUT DIPERKUATKAN DENGAN TAMBAHAN PEMAIN DARIPADA SEKOLAH GABUNGAN GASIS YANG LAIN IAITU
SEK MEN ISLAM MANARAT DARUS SALIM -SMIDAS- DAN SEK MEN ISLAM INTEGRASI PINTAR SAUJANA UTAMA - SMITI BANTING - ASSYAKIRIN.
ALHAMDULILLAH ILMI & GASIS BERJAYA MEMBAWA PINGAT UNTUK BEBERAPA ACARA IAITU :-
1- JUARA BADMINTON (P) [2023 - KETIGA]
2- NAIB JUARA PING PONG (P) [2023 - KETIGA]
3- KETIGA BOLA TAMPAR (P) [PENYERTAAN KALI PERTAMA]
MANAKALA BOLA TAMPAR L TELAH MENDAPAT TEMPAT KEEMPAT. ADAPUN ACARA BOLA SEPAK, BOLA JARING & BADMINTON (L) SEKADAR PENYERTAAN UNTUK KALI INI.
~BANGGA ILMI~
BERBEKALKAN LATIHAN HANYA 1-3 HARI SAHAJA DAN TANPA SUMBER KEWANGAN YANG KUKUH, ILMI MAMPU MEMPEROLEH KEPUTUSAN YANG SANGAT MEMBANGGAKAN.
ALHAMDULILLAH. INSYAALLAH TAHUN INI APA YANG KITA SASARKAN MENJADI JUARA TELAH DIPEROLEH DENGAN JAYANYA.
TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA SEMUA PEMAIN DAN GURU PEMBIMBING YANG TELAH BERTUNGKUS LUMUS BERLATIH DAN BERTANDING DENGAN SEMANGAT PENUH KESUKANANAN.
TERIMA KASIH KEPADA PIHAK PENTADBIR ILMI DAN PIBG YANG TERUS MEMBERI SOKONGAN PEMBANGUNAN SUKAN & KOKURIKULUM ILMI DAN TIDAK LUPA JUGA BUAT IBUBAPA YANG TERUS MEMBERI SOKONGAN DAN DOKONGAN UNTUK KEMENJADIAN ANAK-ANAK INI.
TERIMA KASIH SEMUA!
_UNIT SUKAN & KOKURIKULUM ILMI_
#DEMIILMI
#SEMANGATILMI
#3DEKADILMI
#MEMBENTUKGENERASIRABBANI
#ILMIDIHATI
#SUKMAS
ALHAMDULILLAH, PADA 18 MEI 2024 (SABTU) YANG LALU TELAH BERLANGSUNGNYA PERTANDINGAN KEMAHIRAN AMAL ISLAMI (KAMIL) 2024 GABUNGAN SEKOLAH ISLAM SELANGOR BERTEMPAT DI SEKOLAH ISLAM MASJID DARUL EHSAN, SUBANG JAYA.
KONTINJEN ILMI TELAH MENGHANTAR 34 ORANG PESERTA BAGI MENYERTAI 11 ACARA YANG DIPERTANDINGKAN.
𝘽𝙚𝙧𝙞𝙠𝙪𝙩 𝙖𝙙𝙖𝙡𝙖𝙝 𝙠𝙚𝙥𝙪𝙩𝙪𝙨𝙖𝙣 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙙𝙞𝙪𝙢𝙪𝙢𝙠𝙖𝙣:-
HAFAZAN & TAFSIRAN TAHAP 2 (P)- JOHAN
SYARAHAN BA TAHAP 2 (P)- JOHAN
NASYID (P)- NAIB JOHAN
MENULIS KHAT TAHAP 2 (L) - TEMPAT KETIGA
TAHNIAH KEPADA SEMUA PEMENANG, PARA PESERTA DAN GURU PEMBIMBING YANG TELAH BERUSAHA MEMBERI 100% KOMITMEN WALAU TERLIBAT DENGAN JADUAL YANG PADAT DI BULAN MEI INI.
SEKALUNG PENGHARGAAN DIUCAPKAN JUGA KEPADA SEMUA BARISAN PENTADBIR, RAKAN GURU DAN IBU BAPA YANG TERUS MEMBERI SOKONGAN YANG JITU.
SEMOGA ILMI TERUS BERKEMBANG DAN MAMPU MELAKAR NAMA DI PERINGKAT YANG LEBIH TINGGI. INSYAALLAH...
"MEMBENTUK GENERASI RABBANI"
#KAMILGASIS2024
#MEMBENTUKGENERASIRABBANI
𝟮𝟬 𝗠𝗲𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟰 - ALHAMDULILLAH SELESAI MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PELANTIKAN BADAN KEPIMPINAN MURID SEK REN ISLAM INTEGRASI ILMI BAGI SESI 2024/2025 YANG DIBARISI PENGAWAS SEKOLAH, PENGAWAS PUSAT SUMBER (PSS), PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS), KETUA KELAS DAN PENOLONG KETUA KELAS.
MUDAH-MUDAHAN TAKLIFAN YANG DIBERI DAPAT DILAKSANAKAN DENGAN PENUH TANGGUNGJAWAB DAN AMANAH. SEMOGA ANAK-ANAK ILMI TERUS MELANGKAH DENGAN ADAB DAN ILMU. KEPRIHATINAN BIMBINGAN YANG BERTERUSAN DARIPADA PARA GURU JUGA DIHARAP TERUS MEMICU JIWA KEPIMPINAN DI DALAM DIRI ANAK-ANAK ILMI BAGI MENCAPAI MATLAMAT KITA IAITU "MEMBENTUK GENERASI RABBANI"
#PENGAWASSEKOLAH
#PENGAWASPUSATSUMBER
#PEMBIMBINGRAKANSEBAYA
#KETUAKELASPENOLONGKETUAKELAS
#BADANKEPIMPINANMURID
#MEMBENTUKGENERASIRABBANI
"𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐆𝐔𝐑𝐔"
𝟭𝟲 𝗠𝗲𝗶 - HARI GURU DI MALAYSIA DISAMBUT SABAN TAHUN PADA TANGGAL 16 MEI BAGI MERAIKAN DAN MENGHARGAI SEMUA INSAN BERGELAR PENDIDIK.
HARI GURU ADALAH HARI ISTIMEWA BUAT PARA PENDIDIK. TIDAK MEMINTA-MINTA PENGHARGAAN YANG BERLEBIHAN CUKUP SEKADAR INGATAN BUAT PENGUBAT KELELAHAN.
GURU,
DALAM AJARANNYA ADA HARAPAN,
DALAM TEGURANNYA ADA DOA,
DALAM MARAHNYA ADA SAYANG,
DALAM TANGANNYA ADA SAHSIAH TERBINA.
WAJAR SEORANG MURID MELIHAT GURUNYA DENGAN PANDANGAN PENGHORMATAN. HENDAKLAH DIA MENYAKINI KEAHLIAN GURUNYA. KERANA PERKARA ITU AKAN MENJADIKAN SEORANG MURID DAPAT MENGAMBIL BANYAK MANFAAT, DAN DAPAT MEMBERI KESAN YANG LEBIH MENDALAM KEPADA HATI TERHADAP APA YANG DIA DENGAR DARIPADA GURUNYA TERSEBUT.”
DI KESEMPATAN INI WARGA SRII ILMI MENGUCAPKAN 𝘚𝑒𝘭𝑎𝘮𝑎𝘵 𝘏𝑎𝘳𝑖 𝐺𝘶𝑟𝘶 KEPADA SEMUA WARGA PENDIDIK. TERIMA KASIH GURU.
"GURU MURABBI MEMBINA GENERASI RABBANI"
#SELAMATHARIGURU
#TERIMAKASIHSEGALANYA
#GURUMURRABBIMEMBINAGENERASIRABBANI