SEK. MEN. AGAMA (ARAB) ILMI
[ PROFAIL SEKOLAH | SYARAT KEMASUKAN | SENARAI YURAN ]
[ MATA PELAJARAN | PAKAIAN SERAGAM | AKTIVITI PELAJAR ]
SYARAT KEMASUKAN
- Warganegara Malaysia
- Lulus UPSR dengan sekurang-kurangnya 2A dan PSRA Jayyid Jiddan*.
- Menguasai asas-asas bacaan, penulisan dan kefahaman - B. Melayu, B. Inggeris, B. Arab dan Jawi.
- Mampu dan berkebolehan untuk menghafal 5 - 7 baris ayat al-Quran setiap hari.
- Lulus ujian temuduga (lisan dan kefahaman) daripada pihak sekolah.
- Permohonan hendaklah disertai dengan keputusan peperiksaan seperti berikut:
- Ke Tingkatan 1 - keputusan UPSR dan PSRA
- Ke Tingkatan 2,3 atau 5 - keputusan peperiksaan akhir tahun pada tahun sebelumnya
- Ke Tingkatan 4 - keputusan PT3
- Waris berkemampuan untuk menjelaskan yuran pengajian sebanyak **RM300.00 setiap bulan. [ SENARAI YURAN ]
*Kepada yang tidak menepati syarat 2A dan PSRA Jayyid Jiddan dan ingin memohon, sila hubungi pihak sekolah untuk berbincang.
**Tertakluk kepada sebarang perubahan
CARA MEMBUAT PERMOHONAN
- Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang pendaftaran online [ KLIK SINI ]
- Pendaftaran dibuka setiap masa.
- Serahkan salinan dokumen berikut secara pos/serahan tangan ke alamat - SMA(A) ILMI, No 22, Jalan Rasmi 7, Taman Rasmi Jaya, 68000 Ampang, Selangor :-
- Salinan Kad Pengenalan
- Surat Berhenti Sekolah
- Salinan UPSR & PSRA atau setaraf dengannya (permohonan ke Tingkatan 1 sahaja)
- Salinan keputusan peperiksaan akhir tahun (permohonan ke Tingkatan 2,3 & 5 sahaja)
- Salinan keputusan PT3 (permohonan ke Tingkatan 4 sahaja)
- Panggilan untuk ujian kemasukan akan dibuat pada awal Disember.
- Keputusan ujian kemasukan akan dimaklumkan paling lewat seminggu selepas tarikh ujian.
- Pelajar yang melepasi ujian sahaja layak membuat pendaftaran pada bulan Disember.