Image Banner

SMA(A) ILMI: SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) 2019

5 MAC 2020 - SEKITAR MAJLIS PENYERAHAN KEPUTUSAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) 2019.

ALHAMDULILLAH TELAH MELEPASI KPI YANG DISASARKAN. TAHUN INI SEORANG MURID TELAH MENCAPAI 10A DAN 2 ORANG 7A DAN 2 ORANG 6A.

SEMOGA KEPUTUSAN INI AKAN TERUS MENINGKAT UNTUK TAHUN 2020.

TAHNIAH KEPADA SEMUA BATCH SPM 2019, PARA IBUBAPA, DAN SEMUA GURU YANG PERNAH MENGAJAR MURID-MURID INI DARI TADIKA HINGGALAH PERINGKAT MENENGAH. SEMOGA JASA KALIAN DAPAT MENAMBAH SAHAM AKHIRAT. INSYAALLAH.

PILIHLAH JURUSAN YANG BAIK DAN SESUAI. SEMOGA TERUS BERJAYA DI MASA HADAPAN.

BELAJAR DI ILMI PUN BOLEH BERJAYA! JANJI ADA USAHA, JAGA KEBERKATAN, DAN JAGA HUBUNGAN DENGAN ALLAH DAN MANUSIA. INSYAALLAH KEJAYAAN ITU AKAN DATANG.

LAGI

SRII ILMI : TAKLIMAT PEPERIKSAAN UPSR & PSRA

1 FEBRUARI 2020 - TAKLIMAT PEPERIKSAAN UPSR DAN PSRA SERTA AKUJANJI MURID YANG AKAN MENDUDUKI PEPERIKSAAN PADA TAHUN 2020 INI.. MOGA DENGAN USAHA INI AKAN MENAIKKAN LAGI SEMANGAT MURID-MURID KEARAH KECEMERLANGAN PEPERIKSAAN.. TERIMA KASIH BUAT GURU-GURU YANG TIDAK JEMU BERTUNGKUS LUMUS DEMI MEMASTIKAN KEJAYAAN ANAK DIDIK..

LAGI

SRII ILMI : MERENTAS DESA MSSD

30 JANUARI 2020 - SEKOLAH RENDAH ISLAM INTEGRASI ILMI TELAH MENGHANTAR 16 ORG WAKIL BAGI PERTANDINGAN MERENTAS DESA MSSD DI MAEPS SERDANG.. WALAUPUN TIDAK MENDAPAT SEBARANG PINGAT TETAPI MEREKA TELAH MENCUBA SEHABIS BAIK DENGAN PUNGUTAN MATA YG AGAK MEMBANGGAKAN.. TAHNIAH KEPADA SEMUA ANAK-ANAK YANG SENTIASA BERSEMANGAT.

LAGI

SMA(A) ILMI : KEMPEN SEKOLAH CERIA

20 JANUARI 2020 - PELANCARAN "KEMPEN SEKOLAHKU CERIA" PERINGKAT MENENGAH YANG TELAH DISEMPURNAKAN OLEH GURU PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID, USTAZ NASRUDDIN B ALIAS.

KEMPEN INI MENFOKUSKAN KECERIAAN KELAS YANG MENEKANKAN BEBERAPA ASPEK SEPERTI KEBERSIHAN, KECERIAAN, DISIPLIN, TAMPALAN DINDING DAN SEBAGAINYA. PENILAIAN INI AKAN BERMULA BULAN FEBRUARI HINGGA OKTOBER.

SEMOGA PARA PELAJAR BERSEMANGAT UNTUK MENCANTIKKAN DAN MENCERIAKAN KELAS MASING-MASING.

 

LAGI

SMA(A) ILMI : ROAD RUN ILMI 2020

17 JANUARI 2020 - TELAH BERLANGSUNG ROAD RUN ILMI 2020 SEMPENA KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN ILMI ( KESAKTI ) PERINGKAT MENENGAH.

TAHNIAH DAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PELAJAR YANG TELAH MELIBATKAN DIRI DALAM "ROAD RUN" KALI INI. YDP PIBG, EN AMIR DAN PENGETUA ILMI, UST MAZLAN TELAH DIBERI PENGHORMATAN UNTUK MELEPASKAN PARA PELAJAR YANG TELAH BERLARI SEJAUH 7.3 KM (MUSLIMIN) DAN 5.6 KM (MUSLIMAT).

TERIMA KASIH JUGA KEPADA POLIS TRAFIK AMPANG YANG TURUT MEMBERI KERJASAMA DALAM MEMBANTU MENJAGA KESELAMATAN PELAJAR ILMI. TIDAK LUPA JUGA KEPADA ALUMNI ILMI YANG SUKARELA MEMBANTU BAGI MELANCARKAN PERGERAKAN "ROAD RUN".

AYUH ILMIANS.... PERSAINGAN SUKAN TELAH BERMULA. RUMAH MANAKAH YANG AKAN JADI JUARA UNTUK TAHUN 2020?

 

  

LAGI

Image Banner