Alhamdulillah telah selesai perjuangan SMI ARAB ILMI mewakili zon SIP (sekolah Islam Persendirian) dalam pertandingan Kemahiran Amal Islami (KAMIL) peringkat Negeri anjuran Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang berlangsung di SAMT Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Batu 38 dan SAM Muhammadiah Sabak Bernam pada 26 hingga 27 Julai 2024 yang lalu.
SMI ARAB ILMI telah menyertai acara Nasyid Lelaki, Musamarah Lelaki dan Tajhiz Jenazah Perempuan dan ini merupakan penyertaan kali kedua sekolah dalam KAMIL NEGERI yang mana tahun lepas hanya satu acara sahaja yang disertai iaitu Tajhiz Jenazah Lelaki. Pencapaian mewakili 3 acara ini merupakan satu pencapaian yang sangat membanggakan.
Para pelajar yang mewakili setiap acara telah menunjukkan aksi dan persembahan yang sangat menarik dan hebat setaraf dengan sekolah-sekolah SAM dan MITS yang serba lengkap dan guru berkemahiran. Ini menunjukkan walaupun sekolah kita hanya deretan rumah kedai namun mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan sekolah-sekolah yang fasiliti lengkap dan lain-lain sekaligus membuka mata pihak lain untuk lebih mengenali SMI ARAB ILMI. Tahniah!
Tahniah dan terima kasih juga diucapkan kepada guru-guru pembimbing yang telah membimbing tanpa mengenal erti penat lelah, wang ringgit dan waktu siang malam demi memastikan para peserta menunjukkan persembahan yang terbaik. Tidak dilupakan jurulatih-jurulatih luar seperti Ustaz Aidil, Ustaz Naem dan IbuAyah kepada Ariq dan Irfan serta alumni-alumni yang turut tidak jemu memberi tunjuk ajar dan berkongsi pengalaman bagi memastikan peserta dapat memahiri setiap acara yang disertai.
Pihak sekolah turut mengucapkan terima kasih kepada semua guru SMI dan SRII yang terus memberi sokongan dari sudut teknikal dan semangat, para ibubapa yang memberi keizinan, kewangan dan doa serta para penyumbang yang sudi membantu melancarkan perjalanan dan pergerakan ke KAMIL ini.
Semoga kita mampu menghasilkan kejayaan lebih baik pada tahun mendatang. Jumpa lagi dalam KAMIL 2025.
Tahniah dan terima kasih semua!
_Unit Sukan & Kokurikulum ILMI_