Image Banner
news

SMI : KEPUTUSAN SMA 2023

SRII : SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI

𝐾𝑖𝑎𝑛 𝑏𝑒𝑟𝑙𝑎𝑏𝑢ℎ 𝑡𝑖𝑟𝑎𝑖 𝑅𝑎𝑚𝑎𝑑𝑎𝑛,
𝐿𝑎𝑚𝑏𝑎𝑖𝑎𝑛 𝑆𝑦𝑎𝑤𝑎𝑙 𝑘𝑖𝑎𝑛 𝑑𝑖𝑛𝑎𝑛𝑡𝑖,
𝐿𝑢ℎ𝑢𝑟 ℎ𝑎𝑡𝑖 𝑖𝑘ℎ𝑙𝑎𝑠 𝑘𝑒𝑚𝑎𝑎𝑓𝑎𝑛,
𝑆𝑒𝑚𝑜𝑔𝑎 𝑘𝑒𝑠𝑎𝑙𝑎ℎ𝑎𝑛 𝑑𝑖𝑚𝑎𝑎𝑓𝑖.
 
Kami warga SRII ILMI mengucapkan 𝙎𝙚𝙡𝙖𝙢𝙖𝙩 𝙃𝙖𝙧𝙞 𝙍𝙖𝙮𝙖 𝘼𝙞𝙙𝙞𝙡𝙛𝙞𝙩𝙧𝙞 𝙈𝙖𝙖𝙛 𝙕𝙖𝙝𝙞𝙧 𝙙𝙖𝙣 𝘽𝙖𝙩𝙞𝙣.
 
Terimalah bingkisan video ucapan raya daripada kami warga sekolah.😄
 
#sriiilmi
#aidilfitri2024
#syawal1445H
#SelamatHariRaya
#membentukgenerasirabbani
 
 
LAGI

SMI : PROJEK AMAL RAMADAN ILMI 1445H/2024

Alhamdulillah, pada 1 April 2024 yang lalu, telah berlangsungnya Projek Amal Ramadan Ilmi.
 
Sebanyak 150 pek makanan telah diagihkan di sekitar Taman Rasmi Jaya, Bukit Indah, LRT Ampang, Bustop di hadapan Ninso dan MPAJ.
 
Terima kasih diucapkan kepada para penginfak. Semoga segala sumbangan yang diberikan pada bulan yang mulia ini menjadi saham kebaikan di akhirat kelak. Amin..
 
Sumbangan boleh disalurkan melalui akaun berikut :
 
Nama akaun : Pertubuhan Ilmi Cakna
Bank : CIMB
No akaun : 8605422624
 
atau menekan pautan di bawah :
 
 "Membentuk Generasi Rabbani"
 
#3dekadilmi
#ilmidihati
#membentukgenerasirabbani
#IHTIRAMI24
 
 
LAGI

SRII : MAJLIS SAMBUTAN NUZUL QURAN

29 Mac 2024 - Sekitar suasana majlis sambutan nuzul quran hari ini. Alhamdulillah majlis berlangsung dengan meriah sekali.
 
Antara aktiviti menarik yang berlangsung :
 
1. Ceramah Nuzul Quran oleh Ust Tengku Hannan
2. Kuiz Nuzul Quran oleh Ustazah Najihah Azhar
3. Penyampaian hadiah murid teladan sepanjang Ramadhan
 
Unit Badan Dakwah dan Kerohanian (BADAR) berharap murid-murid dapat mengambil manfaat atas anjuran majlis sebentar tadi.
 
"Membentuk Generasi Rabbani"
 
#SambutanNuzulAlQuran
#1445H
#membentukgenerasirabbani
LAGI

SRII : PEMILIHAN UNIT KOKURIKULUM SESI 2024/2025

Tahniah kepada semua murid Tahun 3, Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6 yang berjaya merebut Unit Kokurikulum, Kelab/Persatuan dan Sukan Permainan yang diminati.
 
Semoga murid-murid dapat membantu dalam memastikan aktiviti dan perancangan Unit Kokurikulum berjalan dengan lancar.
 
Tarikh: 27 Mac 2024
Hari: Rabu
Masa: 8.00 - 9.30pagi
Tempat: Surau ILMI
 
"MEMBENTUK GENERASI RABBANI"
 
#kokurikulum
#2024/2025
#membentukgenerasirabbani
LAGI

SRII : PELANCARAN KEMPEN 3S

25 Mac 2024 - Alhamdulillah Unit Bimbingan dan Kaunseling telah melancarkan program Amalan Terbaik iaitu Program 3S Senyum, Salam dan Sapa melalui interkom sekolah dengan jayanya.
 
Program 3S Senyum, Salam dan Sapa diadakan bagi;
 
-membentuk peribadi murid sekolah ini agar lebih menghormati guru, kakitangan sekolah, tetamu yang hadir dan rakan-rakan.
 
Amalan 3S sewajarnya dipraktikkan oleh semua warga ILMI dalam membentuk suasana harmonis.
 
😄SENYUM bermaksud Memberikan senyum pada raut wajah serta bibir ketika berjumpa dengan orang lain agar orang lain merasa nyaman ketika berjumpa.
 
🤝SALAM pula bermaksud suatu tindakan untuk memberikan rasa damai atau menyatakan hormat kepada orang lain. Contohnya, memberi salam dengan ucapan "assalamualaikum ustaz, assalamualaikum ustazah" sekiranya terserempak dengan guru.
 
🤗SAPA ialah Tegur sapa ramah akan mencairkan suasana menjadi akrab. Dengan menyapa orang lain akan rasa lebih dihargai. Contoh sapa ialah apabila bertemu org lain, kita bertanya khabar mereka.
 
🌱Unit Bimbingan dan Kaunseling berharap semua murid mampu menjadi murid yang beradab dan berakhlak baik dengan sentiasa senyum dan memberi salam ketika bertemu guru.😊
 
"Membentuk Generasi Rabbani"
 
#program3S
#senyumsalamsapa
#membentugenerasirabbani
LAGI

SRII : TAKLIMAT DISIPLIN DAN PERATURAN SEKOLAH

Tarikh: 19 - 21 Mac 2024
Hari: Selasa - Khamis
Tempat: Surau ILMI
 
Taklimat telah disampaikan oleh Ustaz Muhammad Hafizzudin b Abdul Manaf selaku Guru Badan Disiplin SRII ILMI. Semoga taklimat yang diberi menjadi asbab kemenjadian murid serta mampu dipatuhi oleh murid-murid ILMI dalam membentuk disiplin diri yang baik.
 
"Membentuk Generasi Rabbani"
LAGI

SMI : KEPUTUSAN SMA 2023

Sekalung tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang menerima keputusan SMA 2023.

1 Mumtaz Sofi
2 Mumtaz
12 Jayyid Jiddan

GPS sekolah 2.62.

Semoga kejayaan yang diperolehi tidak terhenti di sini dan berterusan mendapat kejayaan di dunia dan akhirat.

"Membentuk Generasi Rabbani"

#3dekadilmi
#ilmidihati
#membentukgenerasirabbani

LAGI

Image News
Image News
Image News

Image Banner