Image Banner
news

SMI : KEPUTUSAN SMA 2023

SRII : PELANCARAN KEMPEN 3S

25 Mac 2024 - Alhamdulillah Unit Bimbingan dan Kaunseling telah melancarkan program Amalan Terbaik iaitu Program 3S Senyum, Salam dan Sapa melalui interkom sekolah dengan jayanya.
 
Program 3S Senyum, Salam dan Sapa diadakan bagi;
 
-membentuk peribadi murid sekolah ini agar lebih menghormati guru, kakitangan sekolah, tetamu yang hadir dan rakan-rakan.
 
Amalan 3S sewajarnya dipraktikkan oleh semua warga ILMI dalam membentuk suasana harmonis.
 
😄SENYUM bermaksud Memberikan senyum pada raut wajah serta bibir ketika berjumpa dengan orang lain agar orang lain merasa nyaman ketika berjumpa.
 
🤝SALAM pula bermaksud suatu tindakan untuk memberikan rasa damai atau menyatakan hormat kepada orang lain. Contohnya, memberi salam dengan ucapan "assalamualaikum ustaz, assalamualaikum ustazah" sekiranya terserempak dengan guru.
 
🤗SAPA ialah Tegur sapa ramah akan mencairkan suasana menjadi akrab. Dengan menyapa orang lain akan rasa lebih dihargai. Contoh sapa ialah apabila bertemu org lain, kita bertanya khabar mereka.
 
🌱Unit Bimbingan dan Kaunseling berharap semua murid mampu menjadi murid yang beradab dan berakhlak baik dengan sentiasa senyum dan memberi salam ketika bertemu guru.😊
 
"Membentuk Generasi Rabbani"
 
#program3S
#senyumsalamsapa
#membentugenerasirabbani
LAGI

SRII : TAKLIMAT DISIPLIN DAN PERATURAN SEKOLAH

Tarikh: 19 - 21 Mac 2024
Hari: Selasa - Khamis
Tempat: Surau ILMI
 
Taklimat telah disampaikan oleh Ustaz Muhammad Hafizzudin b Abdul Manaf selaku Guru Badan Disiplin SRII ILMI. Semoga taklimat yang diberi menjadi asbab kemenjadian murid serta mampu dipatuhi oleh murid-murid ILMI dalam membentuk disiplin diri yang baik.
 
"Membentuk Generasi Rabbani"
LAGI

SMI : KEPUTUSAN SMA 2023

Sekalung tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang menerima keputusan SMA 2023.

1 Mumtaz Sofi
2 Mumtaz
12 Jayyid Jiddan

GPS sekolah 2.62.

Semoga kejayaan yang diperolehi tidak terhenti di sini dan berterusan mendapat kejayaan di dunia dan akhirat.

"Membentuk Generasi Rabbani"

#3dekadilmi
#ilmidihati
#membentukgenerasirabbani

LAGI

SMI : TADARUS AL-QURAN

Berikut adalah suasana tadarus al-Quran di sekolah yang berlangsung pada waktu rehat.
 
Semoga hati kita sentiasa bersama dengan al-Quran dan mengamalkan dengan isi kandungan al-Quran.
 
Segala sumbangan bolehlah disalurkan ke akaun bank berikut :
 
Nama akaun : Pertubuhan Ilmi Cakna
Bank : CIMB
Nombor akaun : 8605422624
 
atau boleh tekan link di bawah :
 
Untuk sebarang hubungi persoalan, boleh hubungi :
 
• Ustaz Nabil Rusyaidi bin Ramli
 
• Ustazah Mardiyyee binti Harun
 
"Membentuk Generasi Rabbani"
 
#3dekadilmi
#ilmidihati
#membentukgenerasirabbani
#IHTIRAMI24
LAGI

PELANCARAN CERIATHON SRII ILMI & SMI (ARAB) ILMI 2024

Alhamdulillah selesai pelancaran Ceriathon 2024 bagi SRII Ilmi dan SMI (Arab) Ilmi.
 
Antara tujuan kutipan Ceriathon pada tahun ini adalah untuk mengutip dana bagi:
 
- Pemasangan sistem perlindungan kebakaran di seluruh bangunan sekolah.
- Menyelenggara prasarana sekolah dan kelas.
 
Tarikh kutipan bagi Ceriathon bagi tahun ini adalah bermula 19 Mac 2024 hingga 23 April 2024.
 
Ayuh sama-sama kita hulurkan sumbangan bagi meningkatkan keceriaan sekolah serta membaik pulih kemudahan sekolah.
 
Sabda Baginda SAW:
اليد العليا خير من البد السفلى
Tangan yang di atas (memberi) lebih baik daripada tangan yang di bawah (menerima).
 
 
 
#ilmi2024
#ceriathonilmi2024
#ilmidihati
#membentukgenerasirabbani
LAGI

SMI : IHTIRAMI 1445H : AHLAN WA SAHLAN YA RAMADAN

Alhamdulillah pagi ini telah selesai Majlis Pelancaran Ihya’ Tarbawi Ramadan Ilmi (IHTIRAMI) 1445H.
 
Gimik perasmian telah disempurnakan oleh Al-Fadhilah Ustazah Suhaila binti Mohammed, Pengetua SMI (Arab) Ilmi.
 
Pelbagai aktiviti menarik dan bermanfaat telah disusun sepanjang Ramadan kali ini antaranya, tadarus Al-Quran, Bicara Ramadan, Iftar Jamaie dan banyak lagi aktiviti-aktiviti lain.
 
Moga semua warga Ilmi dapat menjayakan dan menghidupkan Ramadan yang penuh barakah dan rahmat seterusnya keluar dari Ramadan sebagai hamba Allah yang bertakwa.
 
Marhaban Ya Ramadan.
 
#ilmi2024
#ilmidihati
#ihtiram24
#membentukgenerasirabbani
LAGI

SMI : SESI BAHARU, AZAM BAHARU, SEMANGAT BAHARU

Selamat datang kepada semua warga SMI (Arab) Ilmi ke sekolah bagi sesi 2024/2025.
Moga semua guru dan murid akan terus bersemangat untuk memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran bagi sesi ini.
 
Pesanan Imam Asy-Syafie buat penuntut ilmu:
 
“Saudaraku, kamu sesekali tidak berupaya untuk mencapai ilmu kecuali dengan 6 perkara:
 
1. Kecerdasan
2. Keinginan yang tinggi
3. Bersungguh-sungguh
4. Kemampuan
5. Bersahabat dengan guru
6. Sepanjang masa”
 
Ahlan Wasahlan Wa Marhaban Bikum
 
“Membentuk Generasi Rabbani”
 
#ilmi2024
#ilmidihati
#membentukgenerasirabbani
LAGI

Image News
Image News
Image News

Image Banner