Image Banner

MTI : MAJLIS KHATAM HAFAZAN 30 JUZUK AL-QURAN

Pada Jumaat 13/11/2020, Maahad Tahfiz ILMI meraikan Majlis Khatam Hafazan 30 Juzuk Al Quran. Seramai 6 pelajar berjaya khatam 30 juzuk. Majlis dibuat dalam suadana sederhana dengan mmatuhi SOP yang ditetapkan MKN. Pelajar dikehendaki melalui ujian terakhir sebelum mereka dianugerahan sijil hafalan mereka. InsyaAllah, selepas ini, sebahagian dari mereka akan meneruskan hafalan sehingga ke peringkat ujian syahadah. Semoga mereka semua terus menghafal dan mengekalkan hafalan mereka.
LAGI

KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN ILMI 2020

Kejohanan Sukan Tahunan ILMI 2020 telah melabuhkan tirainya pada Sabtu 26 September 2020. Acara kemuncak ini berlangsung di Kompleks Sukan Setiawangsa dan dilaksanakan secara tertutup. Tahun ini Rumah Sukan Badar telah berjaya bergelar juara. Tahniah kepada semua pemenang. Tahniah kepada semua yang telah terlibat dalam menjayakan kejohanan ini. Berjumpa lagi pada tahun akan datang, insyaAllah.

 Untuk melihat gambar-gambar sepanjang kejohanan berlangsung, sila ke pautan berikut:

https://www.instagram.com/kesakti20/

 

LAGI

SRII ILMI : SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

22 Julai 2020 - Hari ini giliran untuk pelajar-pelajar SRII ILMI Tahun 3 & 4 untuk kembali ke sekolah dengan norma baru Covid-19. Pelajar Tahun 5 & 6 sudah memulakan persekolah mereka sebelum ini iaitu pada 15 Julai 2020. Pelajar SRII ILMI Tahun 1 & 2 akan memulakan persekolahan norma baru pada Khamis 23 Julai 2020 iaitu esok. Semoga semua pelajar-pelajar dapat mengikuti segala peraturan yang telah ditetapkan untuk memastikan wabak Covid-19 tidak kembali menular.  Bersama kita bermunajat kepada Allah Yang Maha Pengasih untuk mengampunkan dosa-dosa yang dilakukan oleh umat Islam dan semoga wabak COVID-19 ini akan segera terhapus, InsyaAllah. 
LAGI

SMA(A) ILMI: SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) 2019

5 Mac 2020 - Sekitar majlis penyerahan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2019.

Alhamdulillah telah melepasi KPI yang disasarkan. Tahun ini seorang murid telah mencapai 10A dan 2 orang 7A dan 2 orang 6A.

Semoga keputusan ini akan terus meningkat untuk tahun 2020.

Tahniah kepada semua batch SPM 2019, para ibubapa, dan semua guru yang pernah mengajar murid-murid ini dari tadika hinggalah peringkat menengah. Semoga jasa kalian dapat menambah saham akhirat. InsyaAllah.

Pilihlah jurusan yang baik dan sesuai. Semoga terus berjaya di masa hadapan.

Belajar di ILMI pun boleh berjaya! Janji ada usaha, jaga keberkatan, dan jaga hubungan dengan Allah dan manusia. InsyaAllah kejayaan itu akan datang.

LAGI

SRII ILMI : TAKLIMAT PEPERIKSAAN UPSR & PSRA

1 Februari 2020 - TAKLIMAT PEPERIKSAAN UPSR DAN PSRA serta akujanji murid yang akan menduduki peperiksaan pada tahun 2020 ini.. Moga dengan usaha ini akan menaikkan lagi semangat murid-murid kearah kecemerlangan peperiksaan.. Terima kasih buat Guru-guru yang tidak jemu bertungkus lumus demi memastikan kejayaan anak didik..

LAGI

SRII ILMI : MERENTAS DESA MSSD

30 Januari 2020 - Sekolah Rendah Islam Integrasi Ilmi telah menghantar 16 org wakil bagi pertandingan Merentas Desa MSSD di MAEPS Serdang.. Walaupun tidak mendapat sebarang pingat tetapi mereka telah mencuba sehabis baik dengan pungutan mata yg agak membanggakan.. Tahniah kepada semua anak-anak yang sentiasa bersemangat.

LAGI

SMA(A) ILMI : KEMPEN SEKOLAH CERIA

20 Januari 2020 - Pelancaran "Kempen Sekolahku Ceria" Peringkat Menengah yang telah disempurnakan oleh Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Ustaz Nasruddin b Alias.

Kempen ini menfokuskan keceriaan kelas yang menekankan beberapa aspek seperti kebersihan, keceriaan, disiplin, tampalan dinding dan sebagainya. Penilaian ini akan bermula bulan Februari hingga Oktober.

Semoga para pelajar bersemangat untuk mencantikkan dan menceriakan kelas masing-masing.

 

LAGI

Image News
Image News

Image Banner