Syarat Kemasukan ke Sek Men Agama (Arab) Ilmi, Ampang

  • PDF

PANDUAN PERMOHONAN KEMASUKAN MURID KE SEKOLAH MENENGAH AGAMA (ARAB) ILMI SESI 2017

1. Permohonan hanya secara online melalui laman web www.ilmi.edu.my

2. Pemohon perlu mencetak satu salinan (1) permohonan lengkap untuk rujukan dan simpanan.

SYARAT-SYARAT AM

1. Murid mestilah mempunyai akhlak yang baik.

2. Minat dan mahir dalam pengajian Al-Quran.

3. Boleh menghafal Al-Quran, Hadis dan Pelajaran Agama yang lain di dalam Bahasa Arab.

4. Bersetuju mematuhi sepenuhnya semua peraturan dan arahan Sekolah Menengah Agama (Arab) Ilmi.

SYARAT PEMILIHAN TINGKATAN SATU (1)

1. Murid mestilah lulus semua Mata Pelajaran UPSR sekurang-kurangnya Gred D.

2. Mendapat pangkat Jayyid dan ke atas di dalam PSRA atau yang setaraf dengannya.

3. Lulus temuduga di peringkat sekolah.

4. Aktif dalam kokurikulum.

SYARAT PEMILIHAN TINGKATAN DUA (2)

1. Murid mestilah lulus semua Mata Pelajaran Teras Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 1.

2. Mendapat gred C dan ke atas bagi Mata Pelajaran Bahasa Arab dalam Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 1.

3. Lulus temuduga di peringkat sekolah.

4. Aktif dalam kokurikulum.

SYARAT PEMILIHAN TINGKATAN TIGA (3)

1. Murid mestilah lulus semua Mata Pelajaran Teras Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 2.

2. Mendapat gred C dan ke atas bagi Mata Pelajaran Bahasa Arab dalam Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 2.

3. Lulus temuduga di peringkat sekolah.

4. Aktif dalam kokurikulum.

SYARAT PEMILIHAN TINGKATAN EMPAT (4)

1. Murid mestilah lulus semua mata pelajaran teras PT3 dan gred C untuk Bahasa Arab.

2. Lulus temuduga di peringkat sekolah.

3. Aktif dalam kokurikulum.

SYARAT PEMILIHAN TINGKATAN LIMA (5)

1. Murid mestilah lulus semua Mata Pelajaran Teras Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 4.

2. Mendapat gred C dan ke atas bagi Mata Pelajaran Bahasa Arab dalam Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 4.

3. Lulus temuduga di peringkat sekolah.

4. Aktif dalam kokurikulum

Bagi pelajar Tahfiz yang tidak mempunyai latar belakang Mata Pelajaran Akademik dan Agama maka akan terus dipanggil untuk temuduga.

TEMUDUGA SEKOLAH

Temuduga akan dibuat dalam 2 sesi.

Sesi 1 : Temuduga bersama ibu bapa.

Sesi 2 : Temuduga bersama pelajar.

Temuduga pelajar.

1. Lisan ( 15 minit )

2. Bertulis ( 2 jam )

Pemohon mestilah membawa dokumen berkenaan ketika temuduga ;

1) Salinan kad pengenalan atau passport.

2) Keputusan peperiksaan terkini dari sekolah terdahulu.

3) Perakuan tahap hafazan (bagi pelajar tahfiz sahaja)

4) Slip rekod disiplin sekolah terdahulu.

5) Sijil-sijil yang berkaitan.

Jika pemohon gagal mengemukakan dokumen yang ditetapkan maka permohonan anda dikira terbatal.

 

Panggilan temuduga akan terus dimaklumkan melalui nombor telefon yang telah diisi di dalam laman web kami.

Last Updated on Monday, 03 July 2017 11:13

You are here:
free porno tricks-bookofra.com kostenloseslots.com